Thursday, May 21, 2009

Nice Najib!

from Berita harian 22 MAY 2009

Najib, Hsien Loong dijangka sentuh cadangan ganti Tambak Johor


JOHOR BAHRU: Datuk Seri Najib Razak akan membincangkan semula cadangan pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang berusia 85 tahun, dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong, sempena lawatan kerja dua hari ke republik itu.

Perdana Menteri yang dijangka bertemu Lee, petang ini menjelaskan isu jambatan berkenaan pasti akan dibangkitkan dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya itu.

"Sama ada ia jambatan bengkok, lurus, bawah atau atas tanah, kita akan membincangkannya. Kita akan lihat nanti bagaimana hasil perbincangan itu," katanya pada sidang media ketika singgah melawat Nusajaya, sebelum berlepas ke Singapura semalam.

_______________________________________________________

salam...


bertemu kembali..aku bangun pagi, baca paper..tp online paper la..berita utama pasal berita yg aku paste kat atas tuh..heh..tersenyum aku baca..mana taknye..projek tu 3 generasi..memula Dr.M cadangkan buat benda tuh..lpas Pak Lah amik alih tampuk pemerintahan, singapore banyak plak demand..so, Pak Lah cancel projek tuh...Ape lagi..murka la Sultan Iskandar serta rakyat Johor...tp bila Najib naik, klua plak berita nih..hahahahhaha..bagus2..

aku sebagai org yg dilahirkan di johor, mmg rasa best la..nice oo jambatan tu..kalo bengkok lagi smart! rare! hahahah...air kat selat tebrau tu pun bole mengalir...takde la dok diam je kat situ..besides, kapal bole berlabuh kat johor..(tu yg singapore risau sangat tuh..sbb takut takde kapal singgah Jurong Port)..

so, ape2 hal pon..kite tgk hasil perbincangan 2 org pemimpin nih..harap2 positif..dah siap dah sume kompleks kastam, shopping kompleks n mcm2 lagi kat tmpat projek yg sepatutnya menelan kos RM620juta. Nice Najib!

adios.
.

No comments:

Post a Comment